Sekitar Seminar Otak Kanan

Pada 30/01/2011 bertempat di Wisma MCA, Jalan Ampang telah berlangsung seminar otak kanan yang pertama kalinya di Malaysia. Seminar ini pertama kalinya dianjurkan oleh Potensi Network Resources. Majlis yang bermula pada pukul 2.30 petang itu turut dihadiri oleh Datuk Rahim selaku CEO Tekun Nasional dan Datuk Dr Syed Ahmad selaku penyampai dan juga pengasas Kelab Pidato Antarabangsa.

Bersamaan dengan seminar tersebut. Buku Keajaiban Rezeki Dengan Otak Kanan juga turut dilancarkan. Buku karya Ippho Santoso itu diterjemahkan semula ke dalam Bahasa Melayu oleh pihak pengangajur dan dijual pada harga RM35 termasuk kos pos.

Sekitar pendaftaran di luar dewan seminar
Peserta seminar hadir seawal jam 2.00ptg
MC pada seminar tersebut
Datuk Rahim merasmikan seminar
Pakar Otak Kanan, Ippho Santoso menyampaikan ceramah
Mat Jutawan memberikan testimoni
Aktiviti yang menghiburkan, termasuklah tetamu VIP
Dana yang berjaya dikumpul untuk ikhlas4all
Saudara Rofik menyampaikan ceramah
Memikat! Datuk Dr Syed Ahmad menyampaikan ceramah dengan gaya tersediri
Buku Keajaiban Rezeki Dengan Otak Kanan